Wednesday, May 5, 2010

PULUT PRODUCTION

THE NEGLECT ON PULUT PRODUCTION IN MALAYSIA.MYTH OR REALITY?

PRESENTLY, 100% OR PULUT REQUIREMENT IS IMPORTED . VERY BAD SHAPE, INDEED. IT WAS PROVEN IN BESUT,TERENGGANU , YIELD OF MODERN PULUT OBTAINED BY FARMERS WAS AT PAR WITH THE MODERN NON-PULUT. BUT, VERY UNFORTUNATE BECAUSE THE PLANTING WAS NOT ENCOURAGED BY MOA. CAN SOMEBODY OUT THERE EXPLAIN WHY?

ME

A MODERN FARMER AND READY TO VENTURE INTO PULUT PRODUCTION

14 comments:

  1. KAJIAN SAHKAN BAHAWA PADI PULUT MODEN SESUAI DITANAM SECARA KOMERSIAL DI KAWASAN PENGAIRAN BESUT TERENGGANU

    Projek Penilaian Setempat Padi Pulut Siding di KETARA dimulakan pada musim utama 2007/2008 diatas petak petani dengan keluasan 1.5 ekar. Matlamat utama kajian ini ialah untuk menilai prestasi variety pulut moden (Pulut Siding) dari segi kesesuaian dan penghasilan. Hasil kajian mendapati bahawa Pulut Siding berpotensi untuk ditanam secara komersial di KETARA dengan menggunakan kaedah moden. Purata hasil ialah melebihi 5 metrik tan sehaktar iaitu setanding dengan penghasilan padi bukan jenis pulut seperti MR219 dan MR232. Kajian secara bancian respon pengguna mendapati bahawa mereka tertarik dengan mutu masakan beras pulut dan standing dengan beras yang diimport. Memandangkan harga pasaran beras pulut adalah lebih tinggi daripada beras biasa maka perusahaan padi pulut bolih menambahkan pendapatan petani dan secara tidak langsung kerajaan bolih menyelamatkan tukaran wang asing untuk mengimport beras pulut .

    Adalah diharapkan bahawa hasil kajian ini dapat membantu petani-petani untuk mengusahakan padi pulut secara usahasama melalaui koperatif dan ditadbirkan oleh satu pengurusan pusat dengan bantuan KETARA. Dalam bentuk ini, harta modal dikongsi dan tanah diusahakan sebagai satu unit tanpa pembahagian petak secara individu. Ahli ladang ushasama turut menjadi pekerja dan menerima upah diatas sumbangan kerja yang dijalankan. Keutungan hasil akan dibahagikan samarata atau mengikut saham dan penglibatan setiap ahli.

    ReplyDelete
  2. MERIAH. Seramai 32 orang petani menghadiri Majlis Perasmian Penuaian Projek Padi Pulut Siding anjuran Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara (IADA Ketara) di Baruh Gong Tebu, Hulu Besut baru-baru ini.
    Projek perintis tanaman padi pulut itu diusahakan di kawasan seluas 38 hektar dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Beras Nasional (Bernas).
    Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Muhammad Pehimi Yusof telah merasmikan majlis penuaian itu yang turut dihadiri oleh Dekan Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan UMT, Prof. Madya Dr. Sayed Mohd. Zin Sayed Hassan.
    Dengan kejayaan itu, petani di daerah Besut dengan kerjasama IADA Ketara bakal menjadi pengeluar utama padi pulut di negara ini yang merupakan sumber pendapatan baru kepada petani.

    ReplyDelete
  3. BESUT 28 April - Hasil padi yang semakin berkurangan akibat serangga perosak dan perubahan cuaca sejak dua tahun lalu membuatkan 32 petani di projek penanaman padi Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara (IADA Ketara) mencari tanaman lain untuk diusahakan.Tanaman yang dipilih adalah padi pulut siding iaitu pulut gred panjang yang diisytiharkan di Kampung Padang Siding, Perlis 27 tahun lepas bagi penambahbaikan Pulut Malaysia 1. Namun tidak mendapat sambutan petani kerana harga pulut import yang rendah.Projek berkenaan menjadikan mereka perintis kepada penanaman padi pulut itu di kawasan seluas 38.1 hektar di Kampung Baruh Gong Tebu, Hulu Besut.Projek penanaman yang dicetuskan oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan sokongan Dekan Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan UMT, Prof. Dr. Sayed Md. Zin Syed Hassan mendapat kerjasama para petani serta Pengarah IADA Ketara, Mohamed Kaberi Ghani.ri ketika ditemui berkata, dengan menggunakan bekalan benih dari Institut Pembangunan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI), pihaknya telah memulakan petak pemerhatian padi pulut itu bersama beras wangi di satu kawasan seluas 1.2 hektar.Menurutnya, usaha itu bertujuan menilai kesesuaian dan potensi hasil setiap jenis itu sama ada boleh dimajukan secara komersial.''Hasilnya amat memberangsangkan apabila padi pulut itu mampu menghasilkan kira-kira 4.10 metrik tan sehektar.Katanya, kejayaan itu mendorong agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mencari kawasan yang sesuai dan pada akhir tahun lalu, 32 petani menyertai projek penanaman di satu kawasan seluas kira-kira 38 hektar di Baruh Gong Tebu, Hulu Besut.Menurut Mohamed Kaberi, daripada pengamatan, dijangkakan hasil purata padi pulut itu adalah sekitar empat hingga 4.5 metrik tan sehektar yang akan menghasilkan kira-kira 106 tan metrik beras pulut yang bernilai RM300,000.Katanya, padi pulut yang dituai akan diproses di Bernas serta dibungkus menggunakan jenama khusus dan akan diedarkan oleh anak syarikat Bernas melalui outlet terpilih.Sementara itu, Sayed Mohd. Zin memberitahu, UMT telah melaksanakan Projek Penilaian Setempat Padi Pulut Siding di kawasan Ketara dengan kerjasama MARDI dan Jabatan Pertanian.Sayed Mohd. Zin berkata, dari segi analisis zat pemakanan ke atas padi pulut itu, beras pulut yang dihasilkan mengandungi 7.9 peratus protein, lemak (0.37 peratus), air (10.45 peratus), abu (0.57 peratus) dan karbohidrat/kanji (80 peratus) dengan kanji jenis amilos kurang daripada tiga peratus yang merupakan tanda aras bagi beras pulut.''Kesimpulan hasil percubaan mendapati padi pulut siding boleh diusahakan secara komersial di kawasan Ketara dan pengeluaran beras berkualiti boleh ditingkatkan melalui penggunaan mesin yang sesuai dan canggih,'' jelasnya.Tambahnya, kejayaan itu juga menjadi dorongan kepada UMT untuk terus memberikan kerjasama dan sokongan teknikal kepada agensi-agensi pertanian di negeri Terengganu bukan sahaja untuk tanaman padi malah untuk komoditi lain.

    ReplyDelete
  4. Maklumat Surat Khabar Pertama daripada Kosmos dan Ke2 daripada Utusan Malaysia 2009.Harap maklum.

    amz

    ReplyDelete
  5. MEMILIH VARIETI UNTUK DITANAM
    Varieti padi moden kadangkala mempunyai daya penyesuaian mengikut tempat dan kawasan. Olih itu, dengan membuat pilihan variety yang betul dan sesuai untuk sesuatu kawasan , petani dengan secara tidak langsung telah mengatasi faktor penghasilan pertama iaitu penyesuaian setempat.

    Prinsip-prinsip penting dalam memilih varieti :


    Tempoh matang

    Tempoh matang adalah factor yang teramat penting. Segala bentuk penjadualan gerak kerja mestilah berpandukan kepada tempoh matang variety yang dipilih. Gerak kerja seperti jadual menabur mestilah diserasikan dengan keseluruhan tempoh kemasukkan air kebendang dan pengeluaran air daripada bendang. Jika penjadualan tidak betul maka tanaman akan menjadi terencat dan hasil sudah tentu akan menjadi berkurangan daripada potensi variety yang sebenar.

    Tempoh matang juga berhubungkait dengan penjadualan pembajaan. Sifat ketara varieti modern ialah ianya mempunyai peringkat pertumbuhan pokok yang tetap. Pada dasarnya, tempoh daripada PI sehinggalah padi masak ialah lebih kurang 60 hari. Ini bermakna, variety seperti MR219 (tempoh matang 115 hari selaps tabur terus) akan berbunting kecil apabila genap 55 hari selepas tabur. Olih itu, disamping keprluan air yang stabil , pembajaan pertama mestilah dibuat diperingkat semasa akhir peringkat beranak maksima dan bermulanya peringkat bunting kecil. Jika penyelarasan pembajaan tidak betul maka sekali lagi akan mengakibatkan pengurangan penghasilan .

    Tempoh matang juga akan melibatkan kejadian serangan serangga perosak dan penyakit yang tidak terkawal. Penanaman variety yang bertempoh matang yang berbeza disesuatu tempat yang kecil akan menjadikan tanaman tidak seragam. Kawalan akan menjadi sukar kerana musuh perosak dan penyakit akan berputar secara silih berganti kerana makanan selalu ada disebabkan ketidak seragaman pokok padi. Olih itu, petani haruslah berbincang sebelum memilih variety yang sesuai untuk semua dan elakkan daripada berkecuali iaitu memenanam variety yang berbeza daripada kebanyakkan petani petani lain.

    Tempoh matang juga berhubungkait dengan penjadualan pengeluaran air daripada bendang olih pihak Jabatan Pengairan dan Saliran. Jika tanaman tidak mengikut penjadualan yang ditetapkan maka tanaman akan menjadi kekeringan dan sekali lagi akan mengakibatkan pengurangan penghasilan. Jadual 1 memberi maklumat mengenai tempoh matang varieti-varieti moden >LINK TO JADUAL 1. Varietiti-varieti padi jangka matang pendek iaitu antara 105 hari sehingga 114 selepas tabur adalah disyorkan. Olih itu, pembiakan benih-benih padi untuk varieti diatas sedang giat dijalankan olih agensi-agensi yang berkaitan. Dengan demikian, pihak petani petani-petani yang berminat bolih menghubungi agensi-agensi berkenaan untuk mendapatkan bekalan benih yang tulin.

    ReplyDelete
  6. Potensi Penghasilan Setempat

    Umumnya, prestasi penghasilan padi akan dipengaruhi olih keadaan setempat. Olih itu, tahap penghasilan setiap variety adalah dipengaruhi olih perbezaan persekitaran setempat. Di kawasan pengairan yang sempurna iaitu disegi prasarana pengairan dan saliran dan perkara yang berkaitan ,maka prestasi hasiil adalah tinggi jika dibandingkan dengan kawasan-kawasan yang tidak begitu sempurna. Ini adalah kerana segala penjadualan gerak-kerja keseluruhannya adalah berkait rapat antara satu dengan yang lain.

    Perkara kedua ialah disegi tahap perlaksanaan penjadualn aktiviti-aktiviti berkaitan dengan amalan-amalan agronomi dan penjagaan tanaman. Kesempurnaan disegi perlaksanaan aktiviti-aktiviti berkaitan bolih menjamin pencapaian hasil yang dijangkakan iaitu menyamai potensi penghasilan variety-varieti yang ditanam disesuatu kawasan.

    Tahap potensi penghasilan varieti secara am (LINK TO JADUAL 2) dan tahap penghasilan setempat (LINK TO RAJAH 1) bolih membantu petani dalam membuat pilihan varieti -varieti untuk ditanam disatu-satu kawasan padi. Jadual 3 memberi maklumat mengenai ciri-ciri umum mengenai varieti yang popular pada masa ini.>LINK TO JADUAL 3.

    ReplyDelete
  7. Sumber benih

    Mendapat bekalan bijibenih merupakan perkara kedua pentingnya. Ini adalah kerana biji benih yang baik akan menentukan tahap percamhan dan pertapakan anak-anak padi. Jika mutu (percambahan dan rupa bentuk) benih tidak baik maka anak-anak benih akan menjadi tidak seragam dan bolih menyebabkan pengasilan rendah daripada hasil sebenar yang dijangkakan untuk setiap variety. Walaupun, petani bolih menggunakan benih yang dipilih daripada petak sendiri , adalah dinasihatkan supaya petani mendapatkan bekalan benih baru untuk setiap 3 musim untuk mengelakkan ketidakseragaman tanaman.


    Benih merupakan bahan yang terpenting dalam perusahaan tanaman termasuk padi. Benih yang tidak berkualiti akan membawa masaalah dari awal hingga akhir. Benih yang bermutu rendah menyebabkan percambahan terbantut dan menimbulkan masaalah selepas ditabur. Taburan kedua terpaksa dibuat dan sudah tentu timbul keadaan ketidak seragaman tanaman. Keadaan ini akan membuat segala perkaksanaan aktiviti akan menjadi kicar kacir dan keadaan ini akan menimbulaan masalah yang berlarutan dan akan menyebankan kekurangan hasil atau kadangkala mengaggalkan tanaman musim berkenaan.

    Sumber benih merupakan satu faktor yang amat penting sebagai penentu mutu benih. Padi yang hendak dijadikan benih mestilah tulin iaitu menepati varieti yang sebenar dan bermutu tinggi. Benih tulin bolih didapati daripada beberapa sumber. Pertama, benih yang berkualti dan tulin bolih diambil daripada petak yang kita usahakan. Jika kita berhasrat untuk mendapatkan benih daripada petak kita sendiri, kita perlu mengenalpasti kawasan petak yang sesuai dan menjaganya dengan rapi. Kawasan yang kita pilih mestilah diuruskan dengan baik daripada awal sehingga menuai. Segala percampuran varieti iaitu pokok-pokok yang berlainan daripada yang diusahakan dibuang apabila dikesan diperingkat awal lagi. Kita patut ingat bahawa setiap biji akan mengeluarkan tidak kurang daripada 5 tangkai dan setiap tangkai pula akan mengeluarkan tidak kurang daripada 80 biji bernas. Bayangkan jika terdapat 2% percampuran varieti disesuatu unit petak yang kita usahakan suadh tentu berlipatgandalah percampuran benih yang akan dikeluarkan daripada petak tersebut. Sumber kedua ialah dibeli daripada pembekal benih yang berwibawa atau bolih dipercayai . Jabatan Pertanian dan Agensi-Agensi berkaitan adalah pembekal utama benih tulin yang berkualiti. Agensi-agensi ini mendapat benih dalam Ketegori Asas daripada MARDI untuk dibiakkan keKategori Berdaftar dan Kategori Disahkan. Kategori DiSahkan adalah benih tulin ynag dijual/edarkan kepada petani-petani. Bergantung kepada tahap perlaksanaan (cara menanam dan lain-lain penjagaan) penanaman diperingkat petani, pembaharuan benih mestilah dibuat setiap 2-3 musim sekali iaitu musim ketiga atau keempat selepas benih Kategori Disahkan.


    Manfaat yang bolih didapati daripada penggunaan benih yang tulin dan bermutu

    Peningkatan hasil
    Keseragaman tanaman.
    Menyenangkan proses penuaian kerana masak yang seragam.
    Kelembapan air dalam benih yang seragam menjuruskan kepada keberkesanan proses pengeringan (pengendalian padi basah semasa pengeringan).
    Kualiti benih yang diambil daripada petak berkenaan adalah terjamin.
    Benih berkualiti menjamin kejayaan pengeluaran padi.

    ReplyDelete
  8. Pemilihan variety mestilah berdasarkan keperluan pasaran beras

    Pasaran beras pada masa ini telah menjadi lebih dinamik dan pintar. Ini adalah kerana pengguna beras akhir-akhir ini telah memberi tumpuan lebih terhadap kualiti beras (rupa bentuk, mutu masakan, mutu pemakan dan citaras) yang ingin dibeli. Kemasukan beras yang berkualiti daripada negara luar samaada secara betul atau haram telah membanjiri pasaran beras tempatan. Olih itu, pengguna disajikan dengan pilihan yang banyak. Dengan demikian, petani-petani harus memberi tumpuan terhadap perkara ini untuk mengelakkan daripada padi tempatan daripada keadaan dimana ianya tidak dapat dipasarkan kerana pihak pengilang memilih untuk tidak membeli padi kerana takut untuk menanggung kerugian jika beras tempatan tidak dapat dijual. MARDI telah mengeluarkan varieti MR219 bukan sahaja yang berkualiti tinggi tetapi bermutu setanding dengan beras yang diimport( selain daripada beras bermutu istimewa seperti basmati dan sebagainya). Adalah diharapkan pihak pengeluar padi amnya dan petani-petani khususya dapat menanam varieti tersebut agar mutu beras dalam pasaran tempatan dapat dipertingkatkan.

    ReplyDelete
  9. Sifat-sifat biji benih bermutu
    Ketulinan dan percambahan
    Ketulin biji benih

    Ketulinan benih padi mestilah ditentukan dengan memeriksa samada terdapat biji rumpai atau benih padi angin daripada sampel seberat 1kilogram. Kehadiran 10 biji atau lebih biji rumpai/padi angin dalam setiap kilogram sampel bermakna benih berkenaan adalah tidak tulin dan tidak disyorkan. Atau 2% atau lebih percampuran benih padi selain daripada varieti tertentu akan menjadikannya tidak tulin dan tidak disyorkan sebagai benih.

    Ujian percambahan

    Ujian percambahan merupakan satu pertunjuk yang paling baik untuk menentukan kualiti biji benih . Ujian dibuat keatas biji benih yang bernas . 100 biji diambil daripada setiap sampel dan diuji dengan 3 replikasi. Peratus percambahan merupakan ukuran terhadap qualiti biji benih tersebut. Jika peratusnya percambuhan melebihi 80% maka bekalan benih tersebut adalah berkualiti dan bolih digunakan sebagai sumber benih . Jika percambahan berada ditahap 80% maka keperluan benih untuk sehektar perlu disesuaikan ketahap 100 peratus keperluan benih. Jika keperluan sehektar sawah ialah 60 kg , maka untuk memenuhi keperluan sebenar kita memerlukan 75 kilogram benih berdasarkan perkiraan berikut :

    Misalan 1: Nilai percambahan ialah 80%.

    100/80 X 60kg= 75kg

    Misalan 2: Nilai percambahan ialah 85%

    100/85 X 60kg= 70kg

    Kaedah ujian yang sesuai untuk dipakai olih petani ialah seperti berikut:-

    Keluarkan secawan benih daripada bekasnya( guni/kampit) dan pilih benih yang bernas sahaja untuk ujian percambahan. 300 biji diperlukan dan dibahagikan kepada 3 bahagian.
    Dapat kan bekas plastik yang sesuai . Untuk setiap bahagian(100 biji), susun benih dalam bekas plastic yang sesuai yang dialas dengan 2 helai atau lapis kertas tisu yang bolih meresap dan menyimpan air. Masukkan air sehingga membasahi tisu dan tutup bekas dengan penutupnya. Letakkan bekas plastik tadi disudut yang cerah(cahaya mata hari atau lampu) untuk selama 5 hari.Peratus percambahan bolihlah dikira diakhir hari yang ke 5. Purata percambahan biji yang dihasilkan melalui ujian tadi dikira sebagai peratus percambahan bekalan benih semasa.

    ReplyDelete
  10. cik Loh

    Kalu dah untung pasal apa pulok dok terus jer tanam padi tu... wakpe duk kira kerajaang galak ker dok ggalak ker biar gi... dema tuh kalu tak dok komplin dok lagu tuu aaa sokmo
    Pah se lagi kalu nak galak nie beneh cukup ker... mana nak gi cari orang hok dok buat beneh
    pasal jua rasanya senang... orang jual nasik dagang dan nasik kunyit koho ramai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asm Tuan,

      Benih bolih beli dgn mardi bertam pulau pinang. Royat nak beli benih mr47 atau pulut siding. Dia masak sekitar 139 hari kalu tabur terus. Pas tu bolih jual lah pulut tu...ha..ha!

      Delete
  11. Saya rasa.... kawasan KETARA itu sesuai dijadikan jelapang padi pulut kesiding merangkapi sebagai pemulihara genetik asli baka pulut kesiding, usaha pemuliharaan baka heirloom penting untuk simpanan survival tanaman bijirin ketika tempoh darurat perang atau malapetaka alam.

    Sememangnya jika tiada agensi kerajaan yang memainkan peranan sewajarnya tentunya usaha individu atau orang kampung tidak mampu untuk memasarkan sendiri, diharapkan terdapat usaha persendirian utk memasarkan beras pulut ini, apakata tetapkan harga jualan 25% lebih rendah dari pulut import dan dibuat atas jenama "beras pulut kampung" atau "beras pulut terengganu"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat. Bolih stop inport pulut ...dan bangga dfn pulut kita. Krna ada political will untuk majukan pukut. Jangan tak se buat ...nak buat jadilah!!

      Delete
  12. Hey guys, a new red rice var suitable for plantimg in malaysia is available from ukm . Contact Dr. Viki . This. Var is low in GI and good for diabetic patients

    You can sign agreement with her and get seedً. Var is Under PVP. For more contact me 019 471 5980.

    Good luck

    ReplyDelete